Kad akreditasi isteri, anak Norza berbeza, guna belanja sendiri

Kad akreditasi isteri, anak Norza berbeza, guna belanja sendiri

WOOI Yik dan Aaron Chia mengekalkan pingat gangsa yang dimenangi di Olimpik Tokyo.-IHSAN MOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menjelaskan bahawa terdapat peruntukan khas kad akreditasi untuk tetamu pegawai tertinggi mereka di Sukan Olimpik Paris yang sedang berlangsung ketika ini dan ia sama sekali berbeza dengan dimiliki kontinjen Malaysia.

Bagaimanapun, kad akreditasi itu yang diluluskan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), tidak sama dengan yang diberikan kepada kontinjen Malaysia, termasuk atlet, jurulatih, dan kakitangan sokongan lain.

Semalam, media sosial menjadi kecoh apabila Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria dirakam duduk bersama isteri dan anaknya di Arena Porte de La Chapelle semasa menyaksikan perlawanan perebutan pingat gangsa antara pasangan beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dengan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark.

Perlawanan itu dimenangi Aaron-Wooi Yik menerusi kebangkitan luar biasa sekali gus menghadiahkan pingat pertama untuk Malaysia pada temasya terbesar dunia yang berlangsung empat tahun sekali itu.

Begitupun isu mempersoalkan kehadiran ahli keluarga Norza di tempat duduk penonton menjadi tumpuan segelintir pihak berbanding meraikan kejayaan Aaron-Wooi Yik mempertahankan gangsa di Olimpik.

“Seluruh Malaysia memerlukan penjelasan. Seorang jurulatih badminton tidak dapat pergi ke Olimpik Paris kerana kad akreditasi yang terhad tetapi presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), yang juga presiden MOM dibenarkan membawa isteri dan anaknya.

“Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan Malaysia) sila jawab, dan jangan putar belitkan isu ini,” tulis satu hantaran di X oleh @SyedAkramin.

Pada satu ketika hantaran itu meraih lebih 150,000 tontonan di X, dikongsikan 3,700 kali, dan 126 ulasan.

Balasan yang mengikuti hantaran itu turut dipenuhi dengan kata-kata kesat dan komen sinis tanpa mengetahui situasi sebenar.

Justeru MOM tampil menjelaskan bahawa kad akreditasi khas dengan kad untuk atlet serta jurulatih adalah berbeza.

“IOC memperuntukkan kad akreditasi khas kepada Menteri Belia dan Sukan, presiden (MOM), dan setiausaha agung, masing-masing kepada tetamu yang menyertainya.

“Peruntukan ini adalah berasingan dari peruntukan kad akreditasi kontinjen.

“Kad akreditasi untuk individu-individu ini juga tertakluk kepada pelbagai had, terutamanya akses ke tempat perlawanan (FOP) dan perkampungan atlet. Yang paling penting, ia tidak membabitkan sebarang pembiayaan kerajaan,” kata MOM dalam satu kenyataan.

MOHAMAD NORZA ZAKARIA

Selain menjadi presiden MOM dan BAM, Norza juga presiden kehormat untuk Badminton Asia, yang bermaksud peruntukannya untuk kad akreditasi tetamu tidak terhad kepada satu sahaja.

Isu kad akreditasi ini mula mendapat perhatian apabila Nova Armada dari Indonesia, jurulatih kepada pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei, tidak dapat melakukan ke Paris kerana kad akreditasi yang terhad.

Begitupun, difahamkan Nova mahu memberi tumpuan kepada persiapan pemain perseorangan paralimpik negara, Cheah Liek Hou yang merupakan prospek emas paralimpik Paris 2024.

Difahamkan bahawa setiap peruntukan kad akreditasi kontinjen berbeza, bergantung kepada bilangan atlet yang layak berdasarkan merit untuk acara temasya terbesar di dunia itu.

Jin Wei, yang dibantu oleh Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky dan jurulatih beregu wanita, Hoon Thien How semasa perlawanannya dan tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya