KUCHING: Kebangkitan saat akhir yang dijelmakan Joachim Chuah menghasilkan penamat sempurna apabila mengesahkan pingat emas buat Wilayah Persekutuan dalam saingan skuasy perseorangan lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2024. Pada aksi final, Joachim yang membuat penampilan sulung di Sukma berdepan detik cemas sebelum berjaya menumpaskan wakil Negeri Sembilan, C. Ameeshenraj 3-2. Dalam aksi di Pusat Skuasy Sarawak itu, Joachim menang set pertama 11-4 namun Ameeshenraj mula menemui sentuhan dengan memenangi dua set seterusnya, 11-8, 11-7. Joachim kembali mengikat kedudukan apabila menang 11-9 di set keempat untuk mengheret perlawanan ke set penentuan. Ameeshenraj…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya