PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mara ke pusingan 16 acara pecut lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 apabila bejaya mengatasi wakil Jerman, Luca Spiegel di pusingan pertama, sebentar tadi. Pada perlumbaan di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome itu, Azizulhasni yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi saringan ke-10 dengan catatan 9.885 saat (s). Terdahulu, pada pusingan kelayakan, Azizulhasni berjaya mencipta rekod kebangsaan baharu dalam acara berkenaan apabila mencatatkan masa 9.402s. Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sharom terpaksa bersaing dalam pusingan repechage…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya