PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mencipta rekod baharu kebangsaan pecut individu, apabila mencatat masa 9.402 saat (s) pada pusingan kelayakan di Saint Quentin en Yvelines, Paris, sebentar tadi. Catatan itu mengatasi rekod kebangsaan miliknya sendiri, 9.523s yang dilakukan pada Kejohanan Basikal Trek Asia (ACC) 2023, di Veledrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan tahun lalu. Keputusan berkenaan menyaksikan Azizul yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman mengakhiri saingan kelayakan pecut individu lelaki di tempat ke-10. Seorang lagi wakil negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengakhiri saingan awal di kedudukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya