Jangan biar sukan Gimnastik ‘mati’

Jangan biar sukan Gimnastik ‘mati’

NURUL Fatiha (tengah) bimbang dengan ketandusan atlet pelapis dalam sukan gimnastik ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas ratu gimnastik negara, Nurul Fatiha Abdul Hamid melahirkan kebimbangan terhadap masa depan sukan gimnastik selepas Malaysia ketandusan atlet pelapis.

Nurul Fatiha berkata, gimnastik pernah menempa era kegemilangan menerusi atlet berwibawa seperti Farah Ann Abdul Hadi, namun kini kelihatan ia semakin suram kerana tiada pengganti setanding.

“Perubahan ketara ialah program pelapis tidak berjalan seperti dulu. Sepatutnya setiap tahun perlu ada program yang melibatkan bakat-bakat bahru, tetapi sekarang nampaknya kita ketinggalan.

“Pada zaman saya sebagai atlet, program seperti Jaya 98 menjadi platform utama untuk melahirkan atlet berbakat yang mampu mengisi kekosongan di peringkat kebangsaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Untuk rekod, Nurul Fatiha pernah menyumbang tiga emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2001, dua emas di Sukan SEA Hanoi (2003) dan satu emas, satu perak dan gangsa di Sukan SEA Manila (2005).

Bagi melihat sukan Gimnastik Malaysia kembali digeruni, Fatiha mencadangkan agar Majlis Sukan Negara (MSN) mempertimbangkan pendekatan yang lebih berkesan dalam melahirkan atlet berbakat, termasuk mengoptimumkan kepakaran jurulatih luar negara.

“Saya tidak menafikan kemampuan jurulatih tempatan, tetapi sokongan daripada jurulatih luar boleh membantu meningkatkan lagi kualiti latihan, terutama di peringkat negeri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap Sukan Malaysia (Sukma) yang sedang berlangsung di Sarawak ketika ini menjadi medan untuk mengasah bakat baharu yang boleh diketengahkan di peringkat tertinggi.

“Kita perlu memastikan kesinambungan pelapis agar sukan gimnastik tidak mati. Kalau kita terus bergantung kepada senior yang ada tanpa pelapis yang kuat, kita akan ketandusan atlet berkualiti,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya