Faisal rindu aksi bersama Harimau Malaya, janji bangkit

Faisal rindu aksi bersama Harimau Malaya, janji bangkit

FAISAL hadir memberikan sokongan kepada rakan-rakan pada hari pertama kem latihan harimau Malaya di Wisma FAM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain sensasi negara, Faisal Halim yakin Pau Marti Vicente akan membawa kelainan dalam skuad Harimau Malaya pada Pestabola Merdeka 2024.

Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Mickey’ percaya Vicente memiliki ramuan rahsia untuk mengubah corak permainan skuad kebangsaan menerusi pemain dikehendakinya.

Katanya,sememangnya amat mengenali pemain, malah kesemua 26 pemain yang dipanggil kali ini juga mengenali cara serta gaya jurulatih dari Sepanyol itu.

“Sebelum ini, semasa ada Pan Gon, Pau Marti (Vicente) menjadi pembantu jurulatih. Sekarang beliau menjadi ketua jurulatih, saya rasa semua pemain memahami dengan cara beliau.

“Mungkin taktikal baharu, saya tak tahu tapi apa yang pasti sesuatu yang baharu untuk pasukan. Saya rasa semua pemain perlu bersedia.

“Apa yang penting ialah fokus dengan apa yang Pau Marti mahukan dalam pasukan,” katanya ketika ditemui di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, kelmarin.

Faisal hadir ke kem latihan pusat bagi memberi sokongan kepada rakan sepasukannya selepas dia tidak tersenarai kerana baharu pulih daripada kecederaan akibat disimbah asid, Mei lalu.

Begitupun suasana di pusat latihan itu bertukar sebak apabila air mata ‘jantan’ Faisal gugur apabila dia akui sedih tidak dapat menyertai pasukan kali ini.

“Sebenarnya sedih, sebab saya tak dapat bersama-sama pasukan. Banyak ‘moment’ (kenangan berlatih di Wisma FAM) ini saya dah lalui banyak tahun, inilah tempat saya.

“Tempat saya berjuang untuk pasukan kebangsaan dgn rakan-rakan dan jurulatih tapi hari ini saya datang sebagai tetamu melihat rakan saya berlatih,” katanya yang mengalirkan air mata.

Kali terakhir pemain sayap lincah itu bersama skuad negara adalah pada Mac lalu ketika bersaing dalam Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman.

Untuk rekod, Faisal yang yang juga tonggak Selangor FC sudah meledak 14 gol dalam 29 penampilan bersama Harimau Malaya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya