Elvis Priestley menang emas

Elvis Priestley menang emas

Atlet Sarawak, Elvis Priestly Anak Clement melakukan terjunan pada peringkat akhir 3 meter Papan Anjal lelaki sempena Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 2024 di Pusat Akuatik Pandalela Rinong, Petra Jaya di sini, hari ini. Gambar; MUHAMAD IQBAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kejayaan Elvis Priestley meraih pingat emas acara tiga meter (m) papan anjal Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Pusat Akuatik Pandalela Rinong, semalam menjadi lebih bermakna apabila ia disaksikan sendiri ibu bapanya.

Priestley menjelaskan kehadiran ibu bapa tidak menghadirkan tekanan buatnya tetapi ia lebih kepada suntikan moral untuk tampil lebih baik hingga berjaya menewaskan rakan sepelatihnya dalam skuad pelapis kebangsaan, Yong Rui Jie yang mewakili Wilayah Persekutuan.

Sebagai anak anggota tentera, Priestley mahu mengikut aura bapanya untuk menjaga maruah Malaysia dengan memasang impian untuk menjejakkan kaki ke podium dalam Kejohanan Remaja Dunia yang dijadualkan hujung tahun ini.

“Saya masuk ke dalam sukan ini adalah disebabkan aya mahu buktikan yang Malaysia masih boleh menyasarkan pingat emas di Sukan Olimpik. Bagaimanapun, saya belum menetapkan sebarang sasaran untuk masa akan datang.

“Ketika ini, fokus saya hanyalah untuk menaiki podium di Kejohanan Remaja dunia. Saya gembira untuk menghadirkan pingat emas buat Sarawak di tempat sendiri terutamanya pertandingan ini turut disaksikan oleh ibu bapa saya,” katanya.

Dalam saingan semalam, Priestley melengkapkan enam terjunan dengan 415.15 mata, manakala Rui Jie di tempat kedua (388.80 mata) dan seorang lagi wakil Wilayah Persekutuan, Nurqayyum Nazmi Nazim (377.65) di tempat ketiga.

Berkongsi rutinnya untuk kekal tenang setiap kali mengharungi pertandingan, Priestley berkata, dia tidak ada sesuatu yang istimewa sebaliknya cuba berehat sebaik mungkin.

“Saya tidak ada buat aa-apa, biasanya rutin saya sebelum pertandingan adalah tidur dan main telefon,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN