PETALING JAYA: Ratu terjun negara, Nur Dhabitah Sabri perlu mengutip skurang-kurangnya 330 mata untuk mencipta kejutan membawa pulang pingat menerusi acara 3 meter (m) papan anjal Sukan Olimpik Paris 2024. Biarpun kelihatan sukar untuk mencabar podium dengan kehadiran atlet China yang sering mendominasi sukan berkenaan, namun tidak mustahil buat Dhabitah untuk mempamerkan terjunan cemerlang di kota Paris. Pengarah teknikal terjun Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Bryan Nickson Lomas berkata, penerjun berusia 25 tahun itu perlu mengutip sekurang-kurangnya 330 mata dan ke atas bagi mengintai kedudukan podium. “Bagaimanapun, ianya bergantung juga kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya