Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke semi final Olimpik

Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke semi final Olimpik, tewaskan pasangan India

Aaron Chia-Soh Wooi Yik
BEREGU lelaki negara Soh Wooi Yik-Aaron Chia meraikan kemenangan dalam perlawanan suku akhir badminton beregu lelaki menentang India semasa Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte de la Chapelle di Paris pada 1 Ogos,- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Beregu badminton lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo pada 2021 menghidupkan harapan mereka untuk mengulangi kejayaan itu apabila menewaskan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India pada pusingan suku akhir terakhir Sukan Olimpik Paris sebentar tadi.

Malaysia layak ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan India dengan 13-21, 21-14, 21-16 dalam masa 58 minit di Arena Porte de la Chapelle.

Pasangan nombor 7 dunia itu terpaksa mengerahkan setiap keringat yang ada untuk mengatasi pasangan pasangan India yang menghuni ranking No 5 dunia yang telah menewaskan mereka pada tiga pertemuan terakhir.

Ia merupakan satu kemenangan manis buat Aaron-Wooi Yik kerana mereka telah tewas tiga pertemuan terakhir mereka dalam perlawanan berturut-turut kepada pasangan India itu dalam tujuh pertemuan mereka sebelum hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN