PETALING JAYA: Skuad bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan enggan mendabik dada terlalu awal meskipun berjaya mencatat dua kemenangan besar pada aksi Kumpulan C Kejohanan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya, Indonesia kelmarin. Jelasnya, kemenangan 5-0 ke atas Singapura menunjukkan pemain memiliki motivasi cukup tinggi untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada edisi lalu. Pengurus pasukan, Mohd Joehari Mohd Ayub mengakui moral setiap pemain ketika ini berada dalam keadaan terbaik selepas mencatat dua kemenangan besar ke atas Brunei dan Singapura. Bagaimanapun, dia mengingatkan semua pemain tidak cepat berpuas hati, sebaliknya perlu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya