Peluang menangi tiket ke Old Trafford

Peluang menangi tiket ke Old Trafford

PEMINAT Manchester UNited berpeluang memenangi lapan tiket tajaan penuh ke Old Trafford menerusi peraduan Malaysia Airlines.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peminat Manchester United berpeluang untuk memenangi tiket tajaan penuh ke Old Trafford untuk menyaksikan aksi skuad The Red Devils menerusi peraduan eksklusif Malaysia Airlines.

Peraduan yang akan berakhir pada 13 Julai ini menawarkan kesempatan sekali seumur hidup untuk memenangi lawatan ditaja sepenuhnya bagi menyaksikan perlawanan secara langsung di Old Trafford.

Pemenang berpeluang untuk mengalami debarannya dari Kotak Korporat VIP eksklusif selain merasai satu pengalaman premium ‘VIP’ yang meletakkan anda betul-betul dalam aksi sebenarnya.

Pada 22 Mac lalu, Malaysia Airlines dengan bangganya mengumumkan satu perkongsian global dengan Manchester United, menandakan satu peristiwa penting dalam komitmen penerbangan itu untuk menghubungkan para peminat seluruh dunia dengan kelab bola sepak kegemaran mereka.

Perkongsian ini meningkatkan penampilan global Malaysia Airlines dan menawarkan pengalaman-pengalaman unik dan sajian yang eksklusif buat para peminat Manchester United.

Orang ramai boleh menyertai peraduan ini dengan mengikuti laman Facebook Malaysia Airlines dan berikan ‘like’ pada hantaran peraduan berkenaan.

Komen pada hantaran peraduan, jawab: “Mengapa anda mahu terbang dengan Malaysia Airlines untuk menonton satu perlawanan di Old Trafford?”

“Tag (tandakan) tujuh rakan anda dalam komen anda dan setiap kawan mesti tag pemain Manchester United kegemaran mereka di bawah komen anda. Kongsi penyertaan peraduan itu di Facebook anda bagi satu penyertaan tambahan.

“Inilah peluang terakhir anda untuk memenangi pengalaman terulung peminat dan mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama-sama rakan-rakan anda. Sertai sekarang dan nikmati aksi yang tidak pernah dialami sebelum ini,” kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan.

Untuk maklumat lanjut dan butiran penuh peraduan, sila lawati laman Facebook rasmi Malaysia Airlines.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya