Pan Gon tinggalkan Harimau Malaya

Pan Gon tinggalkan Harimau Malaya

KIM Pan Gon (tengah) dalam sidang akhbar khas di Wisma FAM, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kim Pan Gon sah melepaskan jawatannya selaku pengendali Harimau Malaya selepas hampir dua tahun lebih membimbing skuad negara.

Jurulatih berusia 55 tahun dari Korea Selatan itu berkata, beliau membuat keputusan meletak jawatan atas sebab peribadi.

“Saya ingin kongsi kepada semua hari ini, saya buat keputusan untuk meletakkan jawatan atas sebab peribadi. Saya minta maaf kepada semua.

“Sejak saya datang pada Februari 2022 hampir dua tahun lebih, rakyat Malaysia bagi sokongan yang cukup baik untuk saya,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma FAM, sebentar tadi.

Pan Gon telah membimbing Malaysia sejak 2022 dan membantu pelbagai kejayaan bersama skuad negara termasuk layak ke Piala Asia 2023 secara merit.

Untuk rekod, Malaysia telah merekodkan 20 kemenangan, 5 keputusan seri dan 10 kekalahan dalam tempoh dua tahun sejak dikendalikan oleh jurulatih dari Korea Selatan itu

Dalam sidang akhbar yang sama, Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, kekosongan posisi yang ditinggalkan Pan Gon akan diisi oleh penolong ketua jurulatih kebangsaan, Pau Marti Vicente dari Sepanyol sebagai pemangku ketua jurulatih sambil dibantu seorang lagi penolong ketua jurulatih kebangsaan, E. Elavarasan.
.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya