PARIS: Nicolas Gestin dari Perancis telah memenangi emas dalam acara kanu slalom (C-1) lelaki di Stadium Nautika Vaires-sur-Marne pada hari Isnin 29 Julai.
Gestin menewaskan peserta Great Britain, Adam Burgess dengan kelebihan lima saat untuk meraih emas dengan catatan masa pantas 91.36 saat.
Usaha memenangi perak Burgess menyaksikan dia mencatat masa yang mengagumkan 96.84, manakala Matej Benus dari Slovakia memenangi gangsa pada 97.03.
“Saya tidak tahu mahu berkata apa, ia lebih baik daripada impian saya. Ia adalah perlumbaan terbaik dalam hidup saya,” katanya selepas menang. ”
“Semua orang dalam pasukan saya – mentor saya, abang saya – menginginkannya. Apabila saya melepasi garisan, saya tahu saya telah melakukan percembahan yang hebat, dan kini saya hanya menikmatinya,” katanya.
Keputusan itu menandakan satu lagi prestasi kemenangan oleh atlet Perancis dalam sukan ini.
Bagi Burgess pula, perak merupakan ganjaran yang besar untuk kerja keras dan pengorbanan yang telah dia lakukan sejak tiga tahun lalu.