PETALING JAYA: Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly mendapat tonik tambahan menjelang Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas berjaya memenangi pingat emas di Terbuka Terengganu, semalam. Latif mewakili Majlis Sukan Negara (MSN) PARA memenangi emas dengan lompatan 7.37 meter (m) sekali gus menjadi pencapaian terbaiknya pada musim ini. Pingat perak dimenangi oleh wakil tuan rumah, Muhammad Shahrizal Nasharudin dengan 7.16m manakala gangsa menjadi milik Andre Anura Anuar dari Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) selepas membuat lompatan 7.11m. Latif yang beraksi di Sukan Paralimpik Paris bagi kategori T20 (kecacatan intelektual)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya