KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 dinasihatkan berada di dalam perkampungan sukan, venue latihan dan pertandingan agar keselamatan mereka terjamin ekoran pergolakan politik yang melanda Perancis pada ketika ini. Ketua Kontinjen ke Sukan Olimpik, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya menyedari keadaan politik yang tidak stabil di Perancis selepas pilihan raya negara itu yang berlangsung hujung minggu lalu. “Namun, kita yakin dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Kerajaan Perancis selaku tuan rumah dan juga OIC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa) yang amat menitik beratkan soal keselamatan. “Saya juga yakin para…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya