PARIS: Pasukan Jepun melakukan kebangkitan luar biasa untuk memenangi emas gimnastik lelaki berpasukan pada Isnin di Sukan Olimpik Paris 2024.
Skuad negara matahari terbit itu mencatatkan 259.594 untuk emas, diikuti oleh Republik Rakyat China, yang memperoleh 259.062. Amerika Syarikat memenangi gangsa dengan cara yang menarik dan skor 257.793.
Gelaran terakhir Jepun diraih di Rio 2016.
Pada puasingan pertama diramalkan saingan sengit untuk emas, kerana China dan Jepun mendapat skor demi skor yang rapat dalam rutin pembukaan.
Bagaimanapun, pada pusingan kedua, dengan Hashimoto Daiki, juara dunia dan juara seluruh Olimpik, tergelincir daripada pertengahan rutin kuda pommel.
Dia berjaya hanya dapat 13.100 mata dan ini memberi kelebihan kepada China untuk mendahului.
Hanya 0.734 mata telah memisahkan kedua-dua negara selepas latihan lantai.
Kesilapan Hashimoto mengayunkan pendulum, memberikan China pendahuluan 1.633 mata yang kelihatan berkemungkinan membawa mereka ke kedudukan emas.
China mara ke acara terakhir mereka – palang mendatar – dengan mendahului 3.267 ke atas Jepun, sebahagiannya hasil catatan 16.000 palang selari daripada juara Olimpik Zou Jingyuan.
Tetapi, kemudian, bencana melanda apabila Su Weide jatuh dua kali pada dua gerakan tangkap dan lepas. China terpaksa menerima markahnya yang hanya 11.600 mata.
Itu menjadikan harapan emas Jepun di bahu Hashimoto dan juara olimpik yang sebelum ini bergelut ketika latihan rasmi dan pusingan kelayakan Sabtu lalu.
Hashimoto melakukan 14.566 mata yang memberikan kelegaan kepada keseluruhan pasukannya.
“Saya merasakan seluruh pasukan berada di belakang saya. Mereka menolak saya ke atas pentas,” kata Hashimoto.
“Saya hampir menangis sebelum persembahan,” katanya.
Peserta China yang terakhir malakukan rutin adalah Zhang Boheng yang memerlukan catatan lebih baik daripada 15.265 untuk emas – markah yang besar tetapi boleh dicapai untuk pemenang dunia 2021 itu, sehingga satu langkah besar pada susun aturnya turun naik dua kali meletakkannya di luar jangkauan.
Ketika 14.733 diperolehi Zhang terpancar di papan markah Bercy Arena, air mata atlet Jepun mula mengalir terutama buat Kaya Kazuma yang kekalahan tipis mereka di Tokyo 2020 menjadi pendorong.