Bekas bintang Manchester United kena penjara, abaikan keluarga

Bekas bintang Manchester United kena penjara kerana abaikan keluarga

manchester
Patrice Evra - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Bekas bintang bola sepak Manchester United dan Perancis, Patrice Evra telah dijatuhkan hukuman 12 bulan kerana gagal membayar hampir £1 juta nafkah kepada bekas isterinya.

Hakim di pinggir bandar Paris, Nanterre memutuskan bahawa Evra, 43, telah ‘mengabaikan’ Sandra Evra, 42, dan anak-anak mereka – seorang lelaki yang kini berusia 19 dan seorang perempuan, berusia 10 tahun – antara 1 Mei 2021 dan 28 September 2023 .

Peguam untuk pemain bola sepak itu segera merayu keputusan itu pada Selasa, ekoran kes yang sudah berlarutan selama bertahun-tahun itu.

Evra, seorang jutawan berikutan karier cemerlangnya dalam bola sepak, didakwa berhutang dengan bekas isterinya sejumlah €969,000 (£814,000) sebagai nafkah yang tidak dibayar.

“Hukuman itu adalah 12 bulan penjara, digantung selama dua tahun,” kata sumber pendakwaan di Mahkamah Koreksional Hauts-de-Seine pada hari Jumaat.

“Pasukan undang-undang Encik Evra segera membuat rayuan.”

Evra juga diperintahkan membayar bekas isterinya €4,000 (£3,360) untuk ganti rugi moral dan €2,000 (£1,700) dalam kos guaman.

Nathalie Dubois, peguam bela Sandra berkata: “Saya berharap daripada keputusan ini, Patrice Evra akhirnya akan memahami bahawa dia tidak berada di atas undang-undang dan bahawa dia tidak boleh meninggalkan isteri dan anak-anaknya dalam sekelip mata.

“Lebih-lebih lagi apabila mereka bertemu pada usia 15 tahun dan dia mengikutinya ke seluruh dunia untuk menyokong kerjaya bola sepaknya,” kata peguam itu.

Peguam Evta, Jérôme Boursican, menegaskan ‘fakta itu dipertikaikan’ oleh anak guamnya.

Boursican berkata: “Patrice merayu, mengetahui bahawa dia menyediakan isterinya sebuah apartmen, sebuah rumah dengan kolam renang di selatan Perancis dan dia meminjamkan isterinya hampir dua juta euro untuk kehidupan hariannya.

“Wang itu enggan pulangkan, dan inilah sebab perbicaraan ini berlaku,” katanya. – Mirror

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN