CHARLOTTE: Colombia melakar kejutan apabila menewaskan Uruguay 1-0 dalam aksi separuh akhir untuk mara ke final Copa America buat kali pertama dalam tempoh 23 tahun, sebentar tadi. Tandukan Jefferson Lerma pada minit ke-39 sudah cukup untuk Colombia yang beraksi dengan 10 pemain meraih tiket ke final bertemu juara bertahan, Argentina di Miami Gardens, pagi Isnin ini. Colombia yang kehilangan Daniel Munoz susulan kad merah sebelum rehat berjaya menahan asakan Uruguay untuk menggembirakan penyokong mereka yang membanjiri Stadium Bank of America. Stadium berkapasiti 74,800 itu dipenuhi penyokong Colombia dan aksi bagaikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya