MELAKA: Penantian 12 atlet memanah Melaka untuk menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak bulan depan berakhir apabila skuad itu akan menerima lima papan sasar baharu bagi menggantikan lapan yang rosak di Lapang Sasar Majlis Sukan Negeri (MSN), Ayer Keroh di sini. Ketua kontinjen yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, V.P. Shanmugam berkata, papan sasar dibeli dari China itu adalah untuk latihan acara compound serta recurve dan bakal diterima selewat-lewatnya minggu depan. Menurutnya, pembelian dengan kos RM10,000 itu sekali gus membolehkan atlet menjalani latihan secukupnya kerana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya