PETALING JAYA: Terengganu bertekad untuk mengungguli acara berpasukan Siri Golf Amatur Nasional Perodua (PNAGS) 2024 yang akan berlangsung di Forest City Golf Resort, Johor pada 8 hingga 10 September ini. Ketua pasukan Terengganu, Mohd Firdaus Ahmad berkata, keyakian itu berdasarkan barisan berpengalaman Terengganu yang menang pada pusingan kelayakan di Terengganu, yang diadakan di Kelab Golf Bukit Besi (KGBB). Mohd Firdaus, dengan handicap 4, berjaya mendominasi padang golf Bukit Besi yang mencabar, yang penuh dengan tasik dan bukit dengan skor bersih 73. Setelah mewakili Malaysia dan muncul juara dalam acara pasukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya