Speedy Tigers tewas kepada Korea Selatan 3-4

Speedy Tigers tewas kepada Korea Selatan 3-4

FAIZAL Saari meraikan jaringan penalti strok ketika menentang Korea Selatan pada saingan tempat kelima hingga lapan Piala Negara-negara di Gneizno, Poland malam tadi. - FOTO IHSAN FIH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki kebangsaan gagal meneruskan rentak kemenangan selepas tewas kepada Korea Selatan 3-4 pada aksi tempat kelima hingga lapan Piala Negara-negara, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan Speedy Tigers dibawah kendalian Sarjit Singh akan membuat perhitungan menentang Austria bagi saingan tempat ketujuh dan lapan, esok petang.

Aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Gneizno itu menyaksikan Malaysia memecah kebuntuan menerusi penyerang sensasi negara, Faizal Saari pada minit ke-16.

Korea kemudian bangkit untuk mendahului 1-2 apabila Kim Sung Yeob dan Seo Inwoo menjaringkan gol pada minit ke-26 serta 28.

Enggan mengaku kalah, Speedy Tigers menyamakan kedudukan apabila Faizal meledak gol menerusi penalti strok minit ke-30 sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal berjaya menyempurnakan penalti sudut untuk mendahului permainan 3-2 pada minit ke 35.

Speedy Tigers terus diasak oleh Korea yang enggan menamatkan kekalahan apabila Lim Dohyun menggunakan kelebihan pukulan penalti sudut pada minit ke-38 untuk menyamakan kedudukan.

Kem hoki negara kian longlai apabila Korea sekali lagi menggunakan manfaat penalti sudut selepas Rim Jinkang menjaringkan gol minit ke-47 sehingga tamat permainan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya