Speedy Tigers tewas di tangan Perancis

Speedy Tigers tewas di tangan Perancis

MUHAMMAD Azrai Aizad Abu Kamal diasak pemain pertahanan Perancis ketika perlawanan kedua Kumpulan B, Piala Negara-negara di Gneizno, Poland malam tadi. - FOTO IHSAN FIH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketika kekecewaan Speedy Tigers menentang Pakistan masih belum terubat, luka itu ditambah oleh Perancis apabila menewaskan skuad hoki kebangsaan 3-1 pada aksi kedua kumpulan B Piala Negara-negara 2024, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad negara di bawah kendalian Sarjit Singh berada di tangga ketiga kumpulan dengan hanya satu mata selepas seri dengan Pakistan, Sabtu lalu.

Aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Gniezno itu menyaksikan Perancis terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit kelima menerusi Timothee Clement yang menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Malaysia kemudian menyamakan kedudukan apabila penyerang sensasi negara, Faizal Saari meledak gol padang pada minit ke-28.

Memasuki separuh masa kedua, Perancis kembali di depan menerusi jaringan Francois Goyet hasil gol padang pada minit ke-43.

Speedy Tigers berusaha untuk menyamakan kedudukan namun Perancis berjaya menggandakan jaringan apabila Etienne Tynevez menyempurnakan penalti stroke pada minit ke-60.

Bagi perlawanan terakhir Kumpulan B, skuad negara dijadualkan bertemu Kanada pada Rabu ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya