Sin Li Jane rakyat Malaysia pertama juara boling Terbuka Wanita AS

Sin Li Jane rakyat Malaysia pertama juara boling Terbuka Wanita AS

sin li jane
Sin Li Jane menjadi pemain Malaysia pertama mencul juara boling Wanta Terbuka Amerika Syarikat di Terbuka Wanita Amerika Syarikat (AS) di Royal Pin Woodland, Indianapolis. - Foto Facebook
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain boling negara, Sin Li Jane mencipta sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama muncul juara Terbuka Wanita Amerika Syarikat (AS) di Royal Pin Woodland, Indianapolis, pada Selasa.

Pemain berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang untuk merangkul kejuaraan selepas menewaskan Diana Zavjalova dari Latvia 226-214 dalam perlawanan akhir peringkat stepladder.

Li Jane juga menjadi orang Asia kedua yang memenangi kejohanan itu selepas Shinobu Saitoh dari Jepun pada tahun 1982.

Kejohanan itu diperkenalkan pada 1949. Pencapaian terbaik pemain boling Malaysia sebelum ini adalah menerusi Shalin Zulkifli, yang menduduki tempat ketiga pada edisi 2008.

Li Jane membawa pulang hadiah wang tunai AS$60,000 (kira-kira RM282,900) selain jaket dan trofi kejuaraan hijau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN