Rakyat Malaysia menanti siaran langsung Euro 2024 percuma

Rakyat Malaysia menanti siaran langsung Euro 2024 percuma

SAINGAN Euro 2024 sudah tidak lama bakal menemui peminat-peminat pada Sabtu ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAINGAN Euro 2024 yang akan membuka tirai Sabtu ini, seharusnya mampu dibawakan oleh pihak kerajaan secara percuma untuk kepada rakyat Malaysia yang mencintai sukan bola sepak untuk ditonton.

Pelbagai insentif mampu dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan siaran bola sepak terbesar Eropah yang berlangsung empat tahun sekali itu dapat dinikmati peminat-peminat bola sepak dalam negara.

Difahamkan, RTM dikatakan hampir pasti membeli hak penyiaran untuk Sukan Olimpik sekali gus menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara dihormati serta mampu berusaha mendapatkan hak penyiaran untuk acara sukan berskala besar.

Namun, persoalan timbul mengapa hak siaran percuma untuk Euro masih tidak diberikan kepada rakyat, sedangkan ramai yang menantikan peluang untuk menontonnya.

Mengapa pihak kerajaan tidak menggunakan segala kuasa yang ada untuk mendapatkan penajaan?.

Hak siaran percuma ini sebenarnya mampu direalisasikan dengan mudah melalui penajaan yang sesuai namun persoalannya adakah terdapat kesungguhan daripada pihak tertentu dalam menguruskan peluang berkenaan untuk memenuhi keinginan rakyat.

Lebih mengecewakan apabila mengetahui bahawa semua negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei telah memiliki hak siaran TV percuma untuk Euro, kecuali Malaysia setakat artikel ini ditulis.

Adakah rakyat Malaysia tidak layak untuk menikmati siaran bola sepak percuma dengan kualiti yang baik?

Bola sepak adalah sukan nombor satu di Malaysia, jadi dengan perlaksanaan siaran Euro percuma tentunya ia akan memberi kegembiraan kepada rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, desakan dan suara rakyat seolah-olah tidak diambil serius oleh pihak kerajaan dalam perkara ini.

Kerajaan seharusnya bertindak segera dalam memastikan rakyat Malaysia dapat menonton Euro 2024 secara percuma dan usaha mendapatkan penajaan perlu digerakkan dengan lebih efektif serta pantas.

Terdapat fakta dan bukti bahawa tontonan Euro adalah lebih tinggi berbanding Sukan Olimpik di seluruh dunia.

Pada Sukan Olimpik 2020, jumlah penonton adalah sebanyak 3.05 bilion namun untuk Euro 2020, jumlah penonton mencapai 5.2 bilion.

Ini jelas menunjukkan bola sepak, khususnya Euro, mempunyai tarikan yang lebih besar dan potensi tontonan yang lebih tinggi.

Pihak kerajaan harus menyedari bahawa ini adalah kehendak majoriti rakyat yang mencintai bola sepak.

Bukan itu sahaja, Kementerian Komunikasi, Kementerian Perpaduan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pejabat Perdana Menteri boleh memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati siaran langsung Euro 2024 secara percuma.

Dengan kerjasama antara empat kementerian utama ini, pelbagai inisiatif boleh dirancang termasuklah mencari penajaan untuk menampung kos hak penyiaran.

Lesen yang diberikan akan membenarkan kombinasi kuasa di antara kementerian-kementerian ini, memberi jaminan bahawa kerajaan bersungguh-sungguh dalam menguruskan hak penyiaran ini.

Kementerian Pelancongan perlu terlibat dalam usaha ini dengan menggalakkan kedatangan pelancong asing untuk menyaksikan perlawanan di skrin besar ditayangkan di beberapa lokasi terpilih sekali gus menyemarakkan lagi suasana.

Tentunya, acara ini tidak hanya akan dinikmati oleh rakyat Malaysia tetapi juga akan menjadi daya tarikan kepada pelancong asing untuk bersantai dan menikmati keindahan Malaysia.

Kini, terserah kepada kerajaan untuk lebih proaktif dalam mencari penaja yang bersedia menyokong siaran percuma berkenaan.

Sebagai sebuah negara yang terkenal dengan semangat bola sepaknya, Malaysia perlu memastikan bahawa rakyatnya tidak ketinggalan berbanding negara jiran.

Ayuh, laksanakan segera. Sepak mula Euro 2024 bakal bermula kurang 72 jam lagi !-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya