KUALA LUMPUR: Faktor hari bekerja selain cuaca hujan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika ini merencatkan kehadiran penyokong bagi menyaksikan aksi Harimau Malaya menentang Taiwan, malam ini. Setakat pukul 6.30 petang, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan sebanyak 12, 254 keping tiket telah dijual berbanding lebih 80,000 kapasiti tempat duduk di SNBJ. Tinjauan Utusan Malaysia di perkarangan stadium juga menyaksikan kehadiran penyokong tidak ramai ketika Harimau Malaya mengharapkan sokongan padu di laman sendiri. Harimau Malaya perlu menang lebih tujuh gol tanpa dibolosi menjelang pertemuan terakhir Kumpulan D kelayakan Piala Dunia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya