PETALING JAYA: Pelumba remaja negara, Muhammad Hakim Danish Ramli melengkapkan aksinya pada pusingan keempat Kejuaraan Motosikal FIM JuniorGP di kedudukan kesembilan serta ke-11 dalam perlumbaan 1 dan 2 di Litar Antarabangsa Algarve, Portugal, hari ini. Anak muda berusia 17 tahun yang bernaung di bawah pasukan SIC Racing-Msi itu mencatat masa 27 minit 18.137 saat (s) dalam perlumbaan 1, manakala, pada perlumbaan 2, Hakim Danish melakar masa 27:30.260s. Hasil daripada dua perlumbaan tersebut anak jati Kuala Terengganu itu kini mengumpul 35 mata dan menghuni kedudukan ke-12 keseluruhan dalam senarai pelumba JuniorGP…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya