PETALING JAYA: Kerinduan peminat Selangor FC kepada Faisal Halim sedikit terubat apabila pemain sayap lincah itu hadir menyaksikan perlawanan skuad Gergasi Merah dan Negeri Sembilan FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), petang tadi. Faisal yang terkenal dengan gelaran ‘Mickey’ hadir bersama ahli keluarga termasuk isteri dan anak beliau bagi melepas kerinduan untuk beraksi bersama skuad kendalian Nidzam Jamil selain ‘menikmati’ semula suasana berada di stadium. Kehadiran Faisal disambut dengan sorakan gemuruh oleh peminat dan pemain Harimau Malaya itu turut dilihat melemparkan senyuman serta melambai ke arah para peminat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya