PETALING JAYA: Hasrat untuk melihat jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi dan pelari 400 meter (m) wanita, Shereen Samson Vallabouy layak ke Sukan Olimpik Paris secara merit tidak kesampaian apabila masing-masing gagal melakukan catatan masa yang ditetapkan di Terbuka Kazakhstan. Azeem perlu membuat catatan masa 10.00 saat (s) untuk layak secara merit atau memenangi acara 100m sekurang-kurangnya 10.20s bagi memperbaiki kedudukan ranking gagal melakukannya selepas meraih gangsa dengan catatan masa 10.37s. Emas menjadi milik pelumba dari Thailand, Puripol Boonson dengan catatan 10.23s manakala Kayhan Ozer dari Turkiye memenangi perak selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya