Thailand kalah bukan sebab 15 mata- Pornchai

Thailand kalah bukan sebab 15 mata- Pornchai

Reaksi pemain sepak takraw kebangsaan, Muhammad Haziq Hairul Nizam, Mohamad Azlan Alias serta Farhan Adam selepas menewaskan pasukan Thailand pada perlawanan akhir acara regu Piala Dunia Sepaktakraw ISTAF 2024 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, kelmarin. Malaysia menang 15-8, 15-12. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas perejam terbaik dunia, Pornchai Kaokaew mengakui dua kekalahan Thailand dalam acara beregu dan regu di Piala Dunia Sepak Takraw 2024 bukan disebabkan sistem 15 mata yang baharu diperkenalkan.

Sebaliknya, Pornchai berpendapat, kekalahan berkenaan berpunca daripada sorakan padu lebih 2,000 penyokong Malaysia yang membanjiri aksi final di Stadium Titiwangsa, sekali gus menyebabkan pemain skuad Gajah Perang gementar.

Pada perlawanan tersebut, Thailand yang mempertaruhkan barisan pemain baharu dan senior meletakkan sasaran untuk menyapu bersih ketiga-tiga kejuaraan di Malaysia selepas melakukan persiapan cukup rapi untuk mencipta sejarah di pentas dunia tersebut.

PORNCHAI KAOKAEW

Ketika ghairah untuk membenam Malaysia, pasukan gajah perang seakan-akan hilang arah dek kerana terkesan dengan sorakkan dan gegak-gempita para penyokong Malaysia yang menghangatkan suasana di gelanggang.

Sorakkan ribuan penyokong Malaysia menyemarakkan lagi semangat skuad beregu dan regu negara untuk mengatasi pasukan Thailand di laman sendiri.

“Saya juga menyaksikan perlawanan di televisyen secara langsung dan kehadiran penyokong yang terlalu ramai dan sorakkan padu tuan rumah membuat pemain Thailand tak dapat bermain dengan baik.

“Saya akui, kehadiran penyokong penting kerana membuatkan pemain lebih tertekan dan tidak dapat bermain dengan baik.

“Ketika ini pasukan Thailand berlaku perubahan dari segi pemain dan juga barisan kejurulatihan. Jadi, kemungkinan di situ ada sedikit masalah.

“Secara keseluruhan kekalahan tersebut bukan berpunca dari sistem 15 mata kerana sebelum tiba di Malaysia, pemain Thailand telah menggunakan sistem peraturan baharu itu dan belajar mengenainya. Jadi tiada masalah buat mereka untuk bermain dengan sistem 15 mata,” katanya.

Selepas tewas dalam acara beregu dan regu, kini tumpuan Thailand beralih kepada acara berpasukan bagi menebus maruah mereka di pentas dunia.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya