KUALA TERENGGANU: Kontinjen Terengganu meletakkan sasaran 75 pingat emas dalam misi merampas semula gelaran juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-21 di Sarawak, Ogos nanti. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sasaran itu mengatasi pencapaian dua tahun lalu 64 pingat emas, 49 perak dan 56 gangsa untuk berada di tempat kedua. Ahmad Samsuri berkata, misi meraih 75 pingat emas dilihat realistik berdasarkan kepada persiapan rapi diatur Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) sejak dua tahun lalu. Menurut beliau, kontinjen Terengganu di Sukma Sarawak nanti akan diwakili 1,076 atlet,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya