Soon Huat-Shevon mara ke final Malaysia Masters

Soon Huat-Shevon mara ke final Malaysia Masters

PASANGAN beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai menewaskan gandingan China, Cheng Xing-Zhang Chi, 21-18, 21-18 pada perlawanan separuh akhir Terbuka China 2024, hari ini .- UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu campuran No. 18 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai mengejutkan pilihan pertama, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk mara ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi.

Soon Huat-Shevon yang merupakan pilihan keempat membenam beregu No. 9 dunia itu menerusi kemenangan straight set 21-11, 21-19.

Kekalahan Tang Jie-Ee Wei di tangan beregu senior Malaysia itu bukanlah kali pertama kerana pada Terbuka Switzerland, baru-baru ini mereka turut kecundang di tangan Soon Huat-Shevon.

Pasangan suami isteri itu bakal berdepan Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari pada final selepas pilihan ketiga dari Indonesia itu menyingkirkan pilihan kedua, Mathias Christansen-Alexandra Boje 26-24, 14-21, 21-18 dalam satu lagi separuh akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya