PETALING JAYA: Harapan Malaysia untuk mara ke perlawanan akhir buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun berkecai apabila Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang perlu mencari kemenangan ke atas He Ji Ting-Ren Xiang Yu tewas kepada pasangan No. 11 dunia itu pada separuh akhir Piala Thomas di Chengdu, China, sebentar tadi. Beregu No. 15 dunia itu yang terdesak mendapatkan mata penyamaan gagal dalam misi mereka apabila kalah 21-18, 19-21, 12-21 dalam pertarungan yang berlangsung lebih sejam. Kekalahan tersebut menyaksikan China mencatat kemenangan 3-1 dan pilihan pertama itu bakal berdepan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya