KUALA LUMPUR: Malaysia kini selangkah lagi untuk melakar kejuaraan hatrik di Piala Dunia Sepak Takraw 2024 apabila mara ke final dalam acara berpasukan selepas menumpaskan Indonesia 2-0, sebentar tadi. Malaysia yang muncul juara dalam acara beregu dan regu sekali lagi akan berentap dengan Thailand di pentas final pada pukul 3 petang esok yang juga boleh diibaratkan sebagai penentu kuasa baharu sepak takraw dunia. Haziq Hairul Nizam (tekong), Amirul Zazwan Amir (apit kiri) dan Noraizat Nordin (apit kanan) yang turun selaku regu pertama tidak berdepan masalah untuk menumpaskan Indonesia 15-12, 15-9.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya