KUALA LUMPUR: Gandingan Aidil Aiman Azwawi dan Noraizat Nordin dipaksa bekerja keras untuk menumbangkan Korea Selatan di suku akhir acara beregu Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. Pasangan Korea Selatan, Kim Young Cheol dan Shin Hee Seop mengheret pertarungan hingga ke set penentuan sebelum akur dengan kekalahan 11-15, 17-15, 8-15 kepada tuan rumah yang menerima sokongan padu penyokong. Pada set pertama, Aidil Aiman dan Noraizat mempamerkan penguasaan sempurna biarpun pada peringkat awal Taegok Warriors cuba memberi saingan dengan mengekori rapat kutipan mata sebelum Malaysia menang 15-11.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya