KUALA LUMPUR: Dominasi Thailand dalam arena sepak takraw berakhir selepas regu Malaysia menumpaskan trio Thailand dalam aksi final regu Piala Dunia Sepak Takraw 2024, sebentar tadi. Selepas gandingan Aidil Aiman Azwawi dan Noraizat Nordin melakar sejarah menumpaskan Thailand dalam aksi final acara beregu, kini giliran trio Malaysia menumpaskan skuad Gajah Perang 15-8, 15-12. Gandingan Syahir Rosdi (tekong), Farhan Adam (apit kiri) dan Azlan Alias (apit kanan) mempamerkan aksi terbaik pada set pertama khususnya menerusi servis ‘ace’ yang dipamerkan Syahir. Pada set Trio Thailand, Sittipong Khamchan (tekong), Poramet Siriswat (apit kiri)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya