PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang akan menjalani sesi latihan berbeza menjelang 71 hari sebelum bermulanya saingan Sukan Olimpik Paris 2024. Ketua jurulatih basikal trek negara, John Beasley berkata, pada usia Azizulhasni mencecah 36 tahun, jaguh negara itu hanya akan diberikan latihan ringan bagi mengekalkan prestasi. Beasley berkata, strategi itu langkah berjaga-jaga dalam persiapan latihan untuk memastikan tahap kesihatan Azizulhasni berada dalam keadaan terbaik menjelang aksi di Paris. “Persiapan Azizulhasni sangat baik begitu juga dengan atlet yang lain. Saya hanya memberinya latihan yang ringan dan membenarkan beliau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya