PETALING JAYA: Kemaraan dua beregu lelaki negara terhenti di suku akhir selepas kecundang di tangan lawan masing-masing pada Kejohanan Badminton Terbuka Thailand di Bangkok, Thailand, sebentar tadi. Pasangan yang menghuni ranking ke-28 dunia, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri tewas kepada beregu Taiwan, Lu Che Ming-Tang Kai Wei 18-21, 21-15, 18-21 dalam masa 1 jam 6 minit. Kerap melakukan kesilapan sendiri dan membiarkan lawan melancarkan serangan untuk mengutip mata demi mata menjadi punca kepada kekalahan Hon Jian-Haikal. Sementara itu, Arif Junaidi-Yap Roy King yang berada di tangga ke-64 dunia bukanlah lawan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya