IPOH: Impian penyerang skuad hoki lelaki negara, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal untuk memburu gelaran penjaring terbanyak di Piala Sultan Azlan Shah (PSAS), tercapai selepas meledak lapan gol di kejohanan berkenaan. Azrai yang kini diangkat sebagai ‘mesin gol’ buat Speedy Tigers meledak lapan gol termasuk ketika beliau melakar hatrik dalam dua perlawanan menentang Pakistan dan New Zealand pada aksi liga sepusingan itu. Paling membanggakan, pencapaian pemain berusia 24 tahun itu berjaya mengatasi idolanya sendiri iaitu penyerang paling berpengalaman, Faizal Saari yang menyumbang tiga gol pada saingan kali ini. Azrai yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya