KUALA NERUS: Ketiadaan Akhyar Rashid menjejaskan aksi Terengganu FC (TFC) apabila sekadar seri 0-0 dengan Kelantan Darul Naim (KDN) dalam aksi pra-musim di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini. Pemain sayap itu terpaksa disisihkan setelah menjadi mangsa samun, semalam sehingga menerima enam jahitan dengan tempatnya dalam kesebelasan utama diisi Norhakim Hassan. TFC bermula baik menerusi percubaan leret Ismaheel Akinade seawal minit ke-10, namun pelawat bangkit menyaksikan tandukan Michael Jerabek yang terkena tiang pada minit ke-14. Skuad Penyu kemudian terus memiliki peluang keemasan namun percubaan berturut-turut pemain tengah, Manuel Ott,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya