Zii Jia tuntut ‘hak imej’ ke Piala Thomas

Zii Jia tuntut ‘hak imej’ ke Piala Thomas

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas pemain perseorangan profesional nombor satu negara, Lee Zii Jia tersenarai dalam barisan ke Piala Thomas, kini Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memerlukan kos untuk bayaran ‘hak imej’ kepada pemain itu.

Menurut pasukan Lee Zii Jia (LZJ) dalam satu kenyataan semalam, hak imej merupakan salah satu aspek penting bagi seorang atlet profesional.

“Kami menghargai kepenti­ngan hak imej dalam kehidupan atlet profesional yang bebas daripada naungan persatuan. Kami sangat gembira kerana BAM menyedari aspek ini dan menyokong kewujudan atlet profesional.

“Kami menaruh harapan agar melihat ini sebagai penambahbaikan bukan untuk kita sahaja tetapi untuk atlet profesional yang wakili negara pada masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Pentadbiran BAM, Michelle Chai berkata, pengumuman skuad Piala Thomas tergendala berikutan perbincangan Zii Jia mengenai ‘pampasan’ mewakili negara.

Dalam pada itu, pengarah kejurulatihan BAM, Rexy Mai­naky berkata, pemilihan pemain berdasarkan pemantauan rapi sepanjang sesi latihan serta menerusi perbincangan menyeluruh bersama barisan jurulatih.

Menurutnya, beliau yakin semua pemain memberikan terbaik dalam kejohanan yang bermula 27 April hingga 5 Mei ini.

“Beberapa pemain memberi komitmen terbaik dan mereka berazam untuk berikan persembahan yang terbaik,” katanya.

BAM semalam, mengumumkan barisan skuad Piala Thomas iaitu Ng Tze Yong, Leong Jun Hao, Cheam June Wei dan Justin Hoh dalam acara perseorangan.

Bagi acara beregu, gandi­ngan Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengetuai barisan diikuti Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani serta Muhammad Haikal Nazri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN