PETALING JAYA: Wakil tunggal penerjun negara ke Sukan Olimpik Paris 2024, Bertrand Rhodict Lises menjalani latihan di Singapura bagi meningkatkan darjah kesukaran terjun menjelang temasya terbesar dunia itu. Penerjun berusia 19 tahun itu menjalani latihan di Singapura sebelum memulakan Kejohanan Terjun di Brisbane, Australia bagi merapikan persediaan beliau ke temasya empat tahun sekali itu. Bagaimanapun, Bertrand mengakui beliau berasa sunyi tanpa ditemani rakan sepasukan terutamanya yang lebih senior iaitu Datuk Pandelela Rinong semasa latihan ini. “Saya sekarang berlatih di Singapura dan selepas itu di Australia. Ada negara lain juga yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya