Penyokong harap ada pihak tampil bantu KDA FC

Penyokong harap ada pihak tampil bantu KDA FC

MOHD. Daud Bakar (tengah) pada sidang akhbar perkembangan semasa KDA FC di Wisma PKNK, Alor Setar, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Teka-teki yang belum terjawab sama ada Kedah Darul Aman (KDA FC) akan terus menjadi pencabar utama dalam Liga Super atau terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pertandingan berprestij negara meresahkan penyokong setia Sang Kenari.

Apatah lagi, mereka dikejutkan dengan hukuman pemotongan tiga mata serta denda RM50,000 ekoran kegagalan KDA FC membuat pembayaran penuh tunggakan gaji pemain musim lepas sebelum 30 Mac lalu.

Terkini, mereka juga berisiko ditarik Lesen Kebangsaan sekiranya KDA FC gagal membuat pembayaran penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023 pada 20 April ini.

Justeru, Pengerusi Kelab Penyokong Kedah Darul Aman (Kepda), Nor Hasmadi Hamzah amat berharap agar ada pihak yang berkemampuan untuk tampil membantu pasukan Hijau Kuning kesayangan mereka itu.

“Kami mohon pihak atasan seperti kerajaan negeri atau mana-mana individu termasuk usahawan negeri ini agar tampil membantu jika kesulitan ini tidak dapat ditangani oleh pihak KDA FC sendiri pada musim ini,” katanya.

Nor Hasmadi berkata, belum pernah dalam sejarah pasukan bola sepak Kedah, skuad itu dipotong mata sebelum aksi liga bermula secara rasmi.

“Pelbagai halangan ditempuh sebelum dan ketika memasuki musim baru ini, bukan sahaja mata dipotong, KDA FC didenda pula kerana tunggakan gaji yang belum dijelaskan sepenuhnya,” katanya.

Nor Hasmadi turut berharap Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar dapat menyelesaikan masalah terbabit bagi mengelak sebahagian besar rakyat Kedah kecewa kerana tidak dapat turun ke stadium untuk memberi sokongan kepada skuad itu.

Sementara itu, seorang penyokong setia Sang Kenari, Saifuddin Salleh, 46, berharap KDA FC tidak lagi turun pangkat seperti yang berlaku pada 2005 dan 2013 hingga 2015 apabila terpaksa beraksi di Liga Perdana.

“Tak dapat bayangkan kalau kali ini bermain dalam Liga M3 dengan pemain-pemain import berkualiti yang sepatutnya memberi saingan kepada pasukan gergasi lain seperti JDT,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN