PETALING JAYA: Jaguh badminton perseorangan para negara, Cheah Liek Hou membuktikan beliau berada dalam kelasnya tersendiri selepas meraih dua pingat emas dalam Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol 2024 Tahap 2, semalam. Pemain berusia 36 tahun yang juga juara dunia lapan kali itu cemerlang di bumi Sepanyol selepas merangkul kejuaraan menerusi acara perseorangan selepas menewaskan Fang Jen-Yu dari Taiwan 21-13, 21-8. Beliau kemudian meraih emas kedua selepas bergandingan bersama Muhammad Fareez Anuar pada aksi final beregu lelaki SU5 mengatasi pasangan India, Rajkumar-Chirag Baretha 21-16, 21-19 dalam permainan 29 minit. Menerusi perkongsian laman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya