PETALING JAYA: Penembak negara, Johnathan Wong bakal menyertai dua kejohanan di pentas antarabangsa sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024. Johnathan berlepas ke Berlin, Jerman hari ini bagi menghadapi Lapua IWK Berlin yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 April ini sebelum ke Azerbaijan untuk menyertai Piala Dunia ISSF pada 1 hingga 12 Mei ini. Itu merupakan persiapan terakhir atlet berusia 31 tersebut sebelum berlepas ke Paris bagi menghadapi temasya terbesar di dunia pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini. Johnathan yang beraksi dalam acara 10 meter (m) air pistol…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya