MANCHESTER: Manchester City melonjak ke puncak Liga Perdana INggeris (EPL) selepas membelasah Luton Town 5-1 yang turut menyaksikan Erling Haaland meledak gol ke-20nya musim ini.
Skuad kendalian Pep Guardiola kini mengumpul 73 mata, iaitu dua mata dihadapan Arsenal dan Liverpool dengan baki enam perlawanan dalam saingan kejuaraan membabitkan tiga penjuru.
Arsenal dan Liverpool boleh kembali memintas kedudukan berkenaan dengan kedua-dua pasukan berkenaan akan turun melayan kunjungan Aston Villa dan Crystal Palace di laman sendiri hari ini.
Berikut merupakan keputusan penuh Liga Perdana yang berlangsung semalam dan awal pagi ini.
Brentford 2-0 Sheffield United
Man City 5-1 Luton Town
Nottm. Forest 2-2 Wolves
Burnley 1-1 Brighton
Bournemouth 2-2 Man. United.