PETALING JAYA: Persekutuan Renang Malaysia (MAS) memperkenalkan lima pelan pemulihan bagi memperbaiki struktur sukan terjun daripada peringkat akar umbi sehingga ke peringkat tertinggi. Pelan pemulihan tersebut dilaksanakan berikutan kegagalan penerjun negara layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 ekoran prestasi hambar pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Februari lalu. Kegagalan itu juga menyebabkan Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri digugurkan daripada program Road to Gold (RTG) selepas gagal menempah tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024. “Satu bedah siasat dijalankan bersama Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan bersama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya