KUALA LUMPUR: Beregu No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui mereka tidak beraksi pada prestasi sebenar ketika tewas kepada beregu Indonesia pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton All England di Arena Birmingham, England, kelmarin. Aaron berkata, dia dan Wooi Yik bermain di bawah par dan segala strategi yang mereka rancang serba tidak menjadi, sekali gus tumpas 16-21, 16-21 kepada Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dalam masa 44 minit. “Tahniah kepada Fajar dan Rian, mereka bermain dengan sangat baik dan berjaya mengawal permainan, walaupun tewas pada final, saya tetap gembira dengan persembahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya