PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh menarik nafas lega apabila bukan sahaja melakar kemenangan besar ke atas Nurinsafi Sporting dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024, namun melihat seteru, Maybank keciciran mata hari ini. Sebelum perlawanan dimulakan, TNB berada di kedudukan ketiga liga, di belakang Maybank sebagai pendahulu dengan 13 mata, diikuti Nurinsafi yang meraih 12 mata. Begitupun TNB melancarkan serangan bertali arus dan berjaya meledak dua jaringan dalam tempoh dua minit menerusi Norsyafiq Sumantri pada minit ke-11 disusuli jaringan Danish Aiman Khairul Anuar. Amirul Hamizan Azahar melebarkan jurang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya