PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menamatkan penantian 21 tahun untuk bergelar juara liga selepas membenam pasukan tercorot, JM Antsbees dengan keputusan 22-1 dalam aksi terakhir liga yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini. Pesta jaringan bermula seawal minit kedua menerusi Firhan Ashaari, dan kemudian gawang JM Antsbees dibedil bertalu talu. Pemain import, Jang Jong Hyun meledak keseluruhan sebanyak lima gol dalam perlawanan ini, manakala pendahulu penjaring terbanyak, Azraai Aizad Abu Kamal pula unggul dengan tujuh gol. Lain-lain penjaring untuk TNB dalam perlawanan ini Syed Syafiq Syed…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya