PETALING JAYA: Hanya selangkah lagi ke pentas akhir, beregu No. 9 dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya mengelak daripada terus ditimpa badi kekalahan selepas mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Thailand Masters di Bangkok, Thailand, hari ini. Pasangan muda negara itu yang diletakkan sebagai pilihan kedua, menundukkan Robin Tabeling-Selena Peik dari Belanda 21-12, 25-23 di peringkat lapan terbaik. Kemenangan tersebut menyaksikan Tang Jie-Ee Wei melebarkan rekod pertemuan mereka ke atas Tabeling-Peik yang menghuni ranking ke-15 dunia kepada 3-1. Pada separuh akhir, esok, lawan yang menanti gandingan Malaysia itu ialah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya